Thursday, April 23, 2009

Nasihat Imam Shafie untuk mencari sahabat

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.
Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
· Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.
· Mencari sahabat pada waktu susah.Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.
· Pasang surut persahabatan.Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
· Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.
· Sukarnya mencari sahabat sejati.Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.
· Sahabat sejati pada waktu susah.Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.
· Rosaknya keperibadian seseorang.Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.
· Menghormati orang lain.Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.
· Menghadapi musuh.Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.
· Tipu daya manusia.Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.
· Tempat menggantungkan harapan.Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.
· Menjaga nama baik.Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Waktu mustajab berdoa

BERDOA adalah otak ibadat. Begitulah besarnya kedudukan doa. Lagi banyak kita minta, lagi disayangi Allah dan ia berbeza dengan manusia, lagi banyak kita minta, lagi banyak kita dimarahi, malah dimaki lagi, “tak ada kerja ke asyik minta saja.”
Doa adalah lambang perhambaan kita dan kita dicipta supaya menjadi hamba-Nya. Berdoa, doa juga, tetapi supaya mudah diterima, kita patut meneliti dan tahu waktu yang sangat mustajab berdoa antaranya:
- Waktu sepertiga malam, iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
- Waktu antara azan dan iqamah, iaitu ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah, sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam, membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.
- Pada waktu sujud. Iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi.
Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim)
Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a, lalu Rasulullah s.a.w bersabda:
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (kabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu.” (Hadis riwayat Muslim)
- Selepas solat fardu. Iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu, termasuk selepas solat Jumaat. Allah berfirman, maksudnya:
“Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat.” (Qaaf: 40)
Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu.
Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika makmum belum mengerti, imam boleh menguatkan bacaan agar makmum menirunya. Apabila mereka mengerti, kembalilah secara perlahan.
- Pada waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya, iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat.
Ini berdasarkan hadis Jabir r.a, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim).
Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda:
“Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.”
Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu. (Hadis riwayat al-Bukhari)
Di dalam hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan: “Iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).” Inilah riwayat yang paling sahih dalam hal ini.
Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya di akhir waktu Asar.
Waktu lain yang mustajab ialah sepertiga akhir malam, ketika hujan turun, waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika bermusafir, bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan

Wednesday, April 22, 2009

jokes..

This is priceless!

A married couple in their early 60s was celebrating their 40th wedding anniversary in a quiet, romantic little restaurant....

Suddenly, a tiny yet beautiful fairy appeared on their table.

She said, 'For being such an exemplary married couple and for being loving to each other for all this time, I will grant you eac h a wish.'...

The wife answered, 'Oh, I want to travel around the world with my darling husband.'..

The fairy waved her magic wand and - poof! - two tickets for the Queen Mary II appeared in her hands...

The husband thought for a moment: 'Well, this is all very romantic, but an opportunity like this will never come again...

I'm sorry my love, but my wish is to have a wife 30 years younger than me....

The wife, and the fairy, were deeply disappointed, but a wish is a wish.

So the fairy waved her magic wand and poof!...the husband became 92 years old. :)

The moral of this story: Men who are ungrateful should remember fairies are female..... he..he..

najis kecil vs najis besar....

Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa, hari ni hari dia mungkin besok hari kita....Betul tak. Masa zaman kami dulu tok imam tu tanya "ko orang islam nak kawin nak cuba tanya soalan sikit yang saya ingat. :-a) Cuba Mengucapb) Apa rukun dan fardunya.Berpeluh juga BEB.
Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih.
Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.
Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.....Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut...
Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu...bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi....tok kadi mula senyum...Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. ..Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata...Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ...taik gajah... besar betul..nak2 bila gajah makan durian.

It is a Beautiful Day but....

A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: 'I am blind, please help.' There were only a few coins in the hat.

A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.

Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, 'Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?'

The man said, 'I only wrote the truth. I said what you said but in a different way.' What he had written was: 'Today is a beautiful day and I cannot see it.'

Do you think the first sign and the second sign were saying the same thing?

Of course both signs told people the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?

Moral of the Story:
Be thankful for what you have.
Be creative. Be innovative.
Think differently and positively.

Invite others towards good with wisdom.
Live life with no excuse and love with no regrets.
When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile.
Face your past without regret. Handle your present with confidence.
Prepare for the future without fear. Keep the faith and drop the fear.

Great men say, 'Life has to be an incessant process of repair and reconstruction, of discarding evil and developing goodness....
In the journey of life, if you want to travel without fear, you must have the ticket of a good conscience.'

The most beautiful thing is to see a person smiling...
And even more beautiful is, knowing that you are the reason behind it!!!

Wonder Why...

Why is it that people say they "slept like a baby" when babies wake up every two hours?
If a deaf person has to go to court, is it still called a hearing?..
Why do we press harder on a remote control when we know the batteries are flat?...
Why do banks charge a fee on "insufficient funds" when they know there is not enough?..
Why does someone believe you when you say there are four billion stars, but check when you say the paint is wet?...
Why do they use sterilized needles for death by lethal injection?...
Why doesn't Tarzan have a beard?...
Why does Superman stop bullets with his chest, but ducks when you throw a revolver at him?
Why do Kamikaze pilots wear helmets?...
Whose idea was it to put an "S" in the word "lisp"?..
What is the speed of darkness?..
Are there specially reserved parking spaces for "normal" people at the Special Olympics?..
If the temperature is zero outside today and it's going to be twice as cold tomorrow, how cold will it be?..
If it's true that we are here to help others, what are the others doing here?..
Do married people live longer than single ones or does it only seem longer?..
Do you cry under water?..
How is it that we put man on the moon before we figured out it would be a good idea to put wheels on luggage?..
Why do people pay to go up tall buildings and then put money in binoculars to look at things on the ground?...

Did you ever stop and wonder......

Who was the first person to look at a cow and say, "I think I'll squeeze
these pink dangly things here, and drink whatever comes out?" ..
Who was the first person to say, "See that chicken there... I'm gonna eat the next thing that comes outta it's bum."..
Why do toasters always have a setting so high that could burn the toast to a horrible crisp, which no decent human being would eat? ..
Why is there a light in the fridge and not in the freezer?..
Why do people point to their wrist when asking for the time, but don't
point to their bum when they ask where the bathroom is? ..
Why does your Obstetrician, Gynaecologist leave the room when you get undressed if they are going to look up there anyway ?..
Why does Goofy stand erect while Pluto remains on all fours? They're both dogs!..
Can blind people see their dreams? Do they dream??..
If quizzes are quizzical, what are tests? (This one kills me!!!!)
If corn oil is made from corn, and vegetable oil is made from vegetables, then what is baby oil made from ? ..
If electricity comes from electrons, does morality come from morons?..
Why do the Alphabet song and Twinkle, Twinkle Little Star have the same tune?..

Stop singing and read on . . . . . . . . . .

Do illiterate people get the full effect of Alphabet Soup?...
Did you ever notice that when you blow in a dog's face, he gets mad at
you, but when you take him on a car ride, he sticks his head out the window?..
Does pushing the elevator button more than once make it arrive faster?...
Do you ever wonder why you gave me your e-mail address in the first place?..

pedoman

Pesan Roh Kepada Manusia...

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin danmanusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahatdaripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya rohdari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orangyang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" .
Setelah dimandi dan dikafankan,telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu... Maka janganlahkamu menyakitinya.. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. ..Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buatselama-lamanya" ... Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir...
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, rohpula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakanaku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkanuntuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakanaku".Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kuburmasing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tandamemperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapatmelihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanyakepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah keranapetunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Padamalam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa danbersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari....
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinyasehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.
"Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yangberada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S... "Kalauorang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkans ayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabilamelihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya....
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorangmukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orangmukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untukmencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkansedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untukmencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cubapula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabilagagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagi mu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada AllahS.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T.maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.Abu Bakar R.A.. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikutkehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumidan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksaberserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akandijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar darikuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.Sekian untuk ingatan kita bersama.K
...Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orangyang mengajarnya meskipun dia sudah mati....

jokes..

Some Important Laws Which Newton Forgot to State.....................

LAW OF QUEUE:
If you change queues, the one you have left will start to move faster than the one you are in now.

LAW OF TELEPHONE:
When you dial a wrong number, you never get an engaged one.

LAW OF MECHANICAL REPAIR :
After your hands become coated with grease, your nose will begin to itch.


LAW OF THE WORKSHOP:
Any tool, when dropped, will roll to the least accessible corner.

LAW OF THE ALIBI:
If you tell the boss you were late for work because you had a flat tire, the next morning you will have a flat tire.

BATH THEOREM:
When the body is immersed in water, the telephone rings.

LAW OF ENCOUNTERS:
The probability of meeting someone you know increases when you are with someone you don't want to be seen with.

LAW OF THE RESULT:
When you try to prove to someone that a machine won't work, it will!

LAW OF BIOMECHANICS:
The severity of the itch is inversely proportional to the reach.

THEATRE RULE:
People with the seats at the furthest from the aisle arrive last.

LAW OF COFFEE:
As soon as you sit down for a cup of hot coffee, your boss will ask you to do something which will last until the coffee is cold.

63 PETUA BAHAGIA DR FADZILAH KAMSAH

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:(a) Mental, pendidikan dan ilmu(b) Emosi(c) Fizikal dan ekonomi(d) Sosial(e) Spiritual.
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:(a) Pendapat atau pandangan(b) Hobi(c) Kegemaran(d) Makanan(e) Cita rasa(f) Warna pilihan dan pelbagai.
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t...
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.......

panduan...

Tips Menangani Anak
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukulanak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakaitangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dantak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secarasaintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsangke bahagian otak Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamukala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibubapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anakderhaka".
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuhkasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok."Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace w:st="on"cuba lace cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetaps ubur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup. " Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran,pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar,sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepadamereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepadakita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL...
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu merekabersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua,bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka?Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita danbacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah.Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatanbuat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram ataubala turun. lace w:st="on" Cuba lace kitaperhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun keperingkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalupanjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan denganbapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam,kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek,walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi janganm elawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yangterlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalinhubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapakandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul,ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Sepertikisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatuhari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal denganmentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kataa yahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak,lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi NabiIbrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepadayang lain. lace w:st="on" Ada lace sebanyak 501 tips yangdiberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untukmempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anakkita sebagai winners.

Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan dirimereka dikalangan orang yang berjaya sementara losersmerasakan diri mereka tidak boleh.
Tips: 1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yangbaik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anakanda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri namapanggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajianmenunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyaikekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diriapabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupunsekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yangdilakukannya) .
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itumelakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, merekahanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembanganmereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dankeluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakananak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan takakan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlahtuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anakmerasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapatanda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran andauntuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliranuntuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untukmenenangkan diri. Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambutharijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupunharganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajarmenghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yangmenghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan padakali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kitamengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan denganmereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan merekaw alaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelumb erbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yangsempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapikadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri
" Allah beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Allah juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan"

Monday, April 20, 2009

untuk peringatan

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DILALAIKAN

Manusia, Malaikat, Syaitan ..

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuhmu
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini.awal lagi nie?... zzz

Manusia - Nak makan, laparlah.
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla ... dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaa?

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh? Awal lagi lah. takpe suruh je si xxxx, punchkan.

Manusia : Azan sudah kedengaran..
Malaikat: Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan.
Syaitan : ALAAAA.. Baru pukul berapa NI .. rilex lah.. awal lagi nie.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat- Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan – Perggghh ... best tu... rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklah.

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2?... pandai2lah.

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh.

Friday, April 17, 2009

gurau-senda....

WIFE VS. HUSBAND........
A couple drove down a country road for several miles, not saying a word.An earlier discussion had led to an argument and neither of them wanted to concede their position. As they passed a barnyard of mules, goats, and pigs, the husband asked sarcastically, 'Relatives of yours?''Yep,' the wife replied, 'in-laws'.
'W O R D S..........
A husband read an article to his wife about how many words women use a day...30,000 to a man's 15,000.....The wife replied, 'The reason has to be because we have to repeat everything to men.....The husband then turned to his wife and asked, 'What?'
CREATION.........
A man said to his wife one day, 'I don't know how you can be so stupid and so beautiful all at the same time.' The wife responded, 'Allow me to explain . God made me beautiful so you would be attracted to me;God made me stupid so I would be attracted to you!
'The Silent Treatment.....
A man and his wife were having some problems at home and were giving each other the silent treatment. Suddenly, the man realized that the next day, he would need his wife to wake him at 5:00 AM for an early morning business flight. Not wanting to be the first to break the silence (and LOSE), he wrote on a piece of paper, 'Please wake me at 5:00 AM.' He left it where he knew she would find it. The next morning, the man woke up, only to discover it was 9:00 AM and he had missed his flight. Furious, he was about to go and see why his wife hadn't wakened him, when he noticed a piece of paper by the bed. The paper said, 'It is 5:00 AM. Wake up.'
Men are not equipped for these kinds of contests.God may have created man before woman, but there is always a rough draft before the masterpiece. Hemmm.........

Thursday, April 16, 2009

petua..

Terapi Mandi Songsang
Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.
Apakah itu mandi songsang? Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.
Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut… Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.
Jadi, apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)
KEBAIKAN DAN KELEBIHAN:-
1) Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
2) Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3) Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4) Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5) Melancarkan perjalanan darah.
6) Menjadikan pengamal semakin pintar.
7) Meninggikan daya ingatan.
8)Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
9) Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
10) Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
11) Memiliki daya ketahanan mental.
12) Menambahkan semangat berani.
13) Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.
SABDA RASULLULAH : MINTALAH KEYAKINAN DAN KESIHATAN YANG BAIK

Tuesday, April 14, 2009

gambar mencoretkan seribu pengertian

Posted by Picasa

Thursday, April 9, 2009

description kat title tu...

description tu kita ambil dari sini: dadam55188.tripod.com..